Cerpen ni aku copy & paste dr FB Encik Moncet aku...(aku ada gak la edit2 ejaan)...wah...suka menulis rupanya...ada bakat terpendam...hehe...selamat membaca. Akan ku update dari masa ke semasa...
Siri 1
Saat ketika didalam kelas.
Sedang aku termenung.
Tiba-tiba lamunanku terpaku bila terlihat seorang wanita bertudung labuh dan mengenakan niqab masuk ke pintu depan kelasku.
"Ok murid-murid, nie budak baru..sila ketengah dan kenalkan diri awk", kata Cikgu Rasul, Guru Disiplin SMK Seri.
"Assalamualaikum saya Syarifah bt Syed Fuad," balas lembut suara dilindung niqabnya.
Tiba-tiba bahuku ditepuk keras dari belakang.
"Woi Wan ternganga pe tu," sergah sahabatku yang sering menganggu masa indahku, Mail.
"Aku kalo tak fikir kawan dah lama 'pencil box' ni masuk kt mulut ko!!," bingkasku marah lps disapa keras.
Dalam hatiku terfikir siapakah dia yang mensyaitan mataku utk terus memandangnya.
Ingin sambungan?..
Siri 2
Lama sudah mata ini memandang kepada salah satu keindahan Allah iaitu wanita.
"Syarifah". Terfikirku tentang nama yang terus masuk ke dalam kotak ingatanku yang kosong disetiap ruangnya.
"Firdaus dan Aishah, sila bagitahu saya, siapa yang tidak hadirkan diri pada hari ini?," tanya Cikgu Rasul kepada ketua dan penolong kelas 5 Efisien.
"Semua datang Cikgu!!," Pantas dibalas oleh Firdaus, yang juga merupakan ketua 'spotcheck' baig sekolahku.
Setelah selesai mengambil kedatangan, cikgu Rasul terus mengarahkan muridnya mengeluarkan buku bahasa Melayu yang dimana merupakan beliau amat pakar untuk mengajarnya. Beliau adalah seorang yang amat tegas dan berdedikasi dalam menyempurnakan kerjanya.
"Syarifah, kamu tak perlu mencari buku melayu," Kata Cikgu Rasul setelah memerhatikan pelajar baru itu yang seakan mencari sesuatu di dalam begnya yang dipenuhi butang yang penuh dengan kata-kata hikmah.
Lalu Syarifah hanya mengeluarkan 'notepad' untuk menyalinkan setiap tutur kata cikgu Rasul.
Masa berlalu begitu pantas hingga ke kelas terakhirku iaitu kelas Agama Islam yang diajar Ustazah Rohayu. Mataku melihat dia seakan ditarik oleh sesuatu semasa belajar tentang ilmu agama oleh Ustazah Rohayu.Mungkin kerana itu subjek kesukaan kerana keperibadian yang mencerminkannya ataupun minatnya dlm menambah ilmu agama.
Siapakah wanita ini?Syarifah?
Apakah dia sempurna?atau mencari kesempurnaan?
Siri 3
"Ko rasa la kan Syarifah nie gadis yang macam mana??"tanya Mail.
"Aku nie bukan ahli nujum la Mail, mana la aku nak tahu perangai die macam mana," jawabku dengan nada yang malas.
"Wan!! Mail!! Kamu berdua ke depan..dalam kelas saya boleh pulak kamu bercakap!!," Sergah Ustazah Rohayu yang amat prihatin tentang pelajar-pelajarnya.
Suasana tersebut menyebabkan semua pelajar di dalam kelas memandangku dan Mail dan yang paling memalukan bagi aku apabila pelajar baru pasti menganggap aku pelajar nakal.
"Kamu berdua berdiri di depan hujung kls", kata Ustazah Rohayu setelah melihat kami pergi kepadanya.
"Baik Ustazah," pantas jawab kami berdua dengan nada yang menyesal sangat.
Lalu Ustazah menyambung pembelajarannya.
Semasa Ustazah mengajar, aku perasan yang hembusan angin di hijab Syarifah seakan-akan 'bernafas' seperti dia berkata sesuatu kepada Aimi, kawanku yang duduk di sebelahnya yang dimana Aimi mengangguk seperti menjawab 'soalan udara' yang ditanya oleh Syarifah.
Apa yg diborak?Adakah pasal aku?Adakah dia fikir aku pelajar nakal?
Salam Manis
-
Salam semua,
Lamanya kan, saya menyepikan diri. Ada. Saya ada. Hiks. Pembaca pun, mesti
bosan dah haih, menunggu dan menunggu. Keletak keletuk sangat lamba...
7 years ago
0 comments:
Post a Comment