SaHaBaT MaYa

Thursday, November 28, 2013

Tempat Misteri & Puaka...

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 10:27 PM
Sebenarnya banyak lagi tempat yang dianggap keras atau berhantu di Malaysia ini, hanya orang-orang yang pernah merasainya tahu akan kisahnya, sini ada beberapa tempat dianggap paling berhantu di Malaysia..

1.Highland Tower – Kuala Lumpur

Suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana

2. Banglo Mona Fandey
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan dunia.

3. Kemayan City – Johor Bahru
Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.

4. Lebuhraya Karak
Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.

5. Villa Nabila – Johor Bahru
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut. Banyak juga kisah versi lain berkaitan villa ini, boleh tengok –>
Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru

6. Amber Apartment – Genting Highland
Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.

7.Institusi St Michael – Ipoh
Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi.

8. Rumah ADO Menumbok – Sabah
Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.

9. Penjara Pudu
Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.

10. Seri Perdana, Putrajaya.
Kisah kelibat perempuan puaka yang menabung sejak kecil untuk membeli sebentuk cincin bernilai jutaan ringgit. Puaka itu juga menghantui rakyat dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi dan bebanan hutang isi rumah akibat dari keborosan puaka itu berbelanja. Ramai rakyat telah hilang tanpa dapat dikesan kerana cuba menghapuskan puaka tersebut.

1 comments:

Maria Firdz on December 6, 2013 at 8:47 AM said...

tempat jin duduk agaknye... sbb kita pun berkongsi alam dgn diorg ni..

 

~ NuKiLaN HaTiKu ~ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise