SaHaBaT MaYa

Friday, April 8, 2011

Ego Aset Penting Lelaki???

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 7:51 PM


Aku jumper article ni kat dlm website www.majalah.iluvislam.com...sajer nak kongsi dgn korg sumer...

Kata orang, ego itu amat penting bagi lelaki. Malah, ada juga yang menganggap ia sebagai suatu aset pelengkap diri Antaran itu, tidak hairanlah kalau sebut sahaja ego, serta-merta muncullah wajah mana-mana lelaki di fikiran. Namun, bukan semua lelaki mempunyai ego yang sama. Ada antaranya yang begitu ego di tempat kerja, apatah lagi kalau dia berpangkat besar. Tetapi, apabila berada di rumah ataupun di samping keluarga, tidak pula kelihatan ketara egonya.

Menurut kaunselor berdaftar, Hushim Salleh, setiap individu memiliki egonya sendiri sama ada dia lelaki ataupun perempuan.Walau bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu berbeza-beza antara satu sama lain. Kata beliau lagi, konsep ego sebenarnya melibatkan keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya apabila seseorang lelaki itu mempunyai sifat tersebut, dia akan berasa dirinya melebihi orang lain. Selain itu, dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat dan pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk banyak membantah dan menentang.
“Selalunya orang yang ego ini, dia mempunyai sifat agresif yang lebih tinggi daripada orang lain. Dia selalu sahaja hendak menang. Apabila dia pandang orang, selalunya dia hendak pandang dirinya lebih tinggi daripada mereka,” terang Hushim. Ego lelaki biasanya akan menjadi lebih ketara apabila dia berhadapan dengan wanita. Umumnya keegoan tersebut tercetus kerana lelaki sentiasa berfikir yang mereka lebih tinggi, hebat, berkuasa dan kuat berbanding wanita. Lantaran itu, bagi mereka, wanita mesti mendengar dan menurut kata-kata mereka.

“Lelaki biasanya mengatakan dialah pemimpin dan ketua terutamanya kepada golongan perempuan. Inilah yang membentuk ego. Memandangkan dia menganggap lelaki sebagai pemimpin dan ketua, jadi apa sahaja yang dia buat mesti lebih daripada perempuan. Pada masa inilah dia cenderung untuk menunjukkan kekuatannya,” ulas beliau. Meskipun begitu, akui beliau, kehadiran ego juga sebenarnya cukup penting dalam diri kalangan lelaki bergelar pemimpin.

Kata orang, ego itu amat penting bagi lelaki. Malah, ada juga yang menganggap ia sebagai suatu aset pelengkap diri. Antaran itu, tidak hairanlah kalau sebut sahaja ego, serta-merta muncullah wajah mana-mana lelaki di fikiran. Namun, bukan semua lelaki mempunyai ego yang sama. Ada antaranya yang begitu ego di tempat kerja, apatah lagi kalau dia berpangkat besar. Tetapi, apabila berada di rumah ataupun di samping keluarga, tidak pula kelihatan ketara egonya. Menurut kaunselor berdaftar,Hushim Salleh, setiap individu memiliki egonya sendiri sama ada dia lelaki ataupun perempuan.

Walau bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu berbeza-beza antara satu sama lain. Kata beliau lagi, konsep ego sebenarnya melibatkan keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya apabila seseorang lelaki itu mempunyai sifat tersebut, dia akan berasa dirinya melebihi orang lain. Selain itu, dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat dan pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk banyak membantah dan menentang. “Selalunya orang yang ego ini, dia mempunyai sifat agresif yang lebih tinggi daripada orang lain.

Dia selalu sahaja hendak menang. Apabila dia pandang orang, selalunya dia hendak pandang dirinya lebih tinggi daripada mereka,” terang Hushim. Ego lelaki biasanya akan menjadi lebih ketara apabila dia berhadapan dengan wanita. Umumnya keegoan tersebut tercetus kerana lelaki sentiasa berfikir yang mereka lebih tinggi, hebat, berkuasa dan kuat berbanding wanita. Lantaran itu, bagi mereka, wanita mesti mendengar dan menurut kata-kata mereka. “Lelaki biasanya mengatakan dialah pemimpin dan ketua terutamanya kepada golongan perempuan. Inilah yang membentuk ego. Memandangkan dia menganggap lelaki sebagai pemimpin dan ketua, jadi apa sahaja yang dia buat mesti lebih daripada perempuan. Pada masa inilah dia cenderung untuk menunjukkan kekuatannya,” ulas beliau. Meskipun begitu, akui beliau, kehadiran ego juga sebenarnya cukup penting dalam diri kalangan lelaki bergelar pemimpin.


0 comments:

 

~ NuKiLaN HaTiKu ~ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise