SaHaBaT MaYa

Thursday, March 22, 2012

Aurat??? Sexy??? Subjektif???

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 2:12 PM
Assalamualaiikum semua...


hari ni aku terpanggil sgt nak bg my own opinion tentang topik ni...sbb topik ni rata2 ramai yg suka membincangkannya...sampai ada yg salah faham...so, aku pun nk bg la sikit sbyk pendapat...aku ulangi...PENDAPAT...bukan hadis atau pandangan alim ulama...okies??? aku pun sdr, aku ni bukanlah ustazah yg layak nak bg nasihat...sekadar insan hina yg banyak kekurangan ingin memberi pendapat di dalam blogku sendiri...


mengikut kamus dewan bahasa edisi online, seksi bermaksud: 


(s├ęksi) bp menimbulkan nafsu syahwat, menggiurkan, memberahikan, mengghairah­kan: berbadan ~; keseksian keadaan atau sifat seksi: rambut ikalnya yg hitam mengurai masih menyer­lahkan ~ dan kecantikannya. 


Bersinonim dengan menarik,menawanmengghairahkan,memikatmenambat hati,menggiurkan., 


itu ikut bahasa kamus laa...tp pendapat aku...memang maksud seksi tu amat subjektif sbb xsemestinya seseorg tu pakai terdedah sana sini itu seksi...klu aku tgk perempuan pkai terdedah sana sini...pada aku, itu bukan seksi...tapi TAK SENONOH...


dan jugak...kadang2 org yg bertudung litup siap berpurdah plak yg kita rasa seksi...sebab seksi tu kdg2 bukan dr pemakaian, tp dr pembawakan diri..as i said before...SEXY IS SUBJECTIVE!!! kadang2, dari mata seseorg saja kita dah nampak dia tu seksi...bukan perempuan jer seksi, lelaki pun seksi jugak...pada aku, kalau lelaki tu pakai baju melayu, siap bersongkok pun bole nampak seksi...that's why seksi tu subjektif...


ramai jer perempuan yg bertudung labuh pun nampak seksi jugak...sbb dari cara pergaulan...cara  percakapan...itu yg membuatkan seseorang tu nampak seksi...takder pun dalam islam seksi tu haram...seksi di sini bukan yg terdedah sana sini laa erk...!!! seksi yg masih dapat dilihat walaupun telah menutup aurat mengikut syariat yang ditetapkan...


ok...isu AURAT plak...klu aurat plak, kita takleh nak cakap aurat tu subjektif, sbb aurat tu memang WAJIB DITUTUP...dah memang termaktub dalam Al-Quran...


Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 31 :


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." 


"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31 



See...memang dah ada dalam Al-quran yg menutup aurat tu wajib...bukan subjektif...pakailah tudung fesyen macamana pun, yg penting menutup dada, tak ketat, dan tak jarang...skrg ni fesyen tudung dah mcm2..so, pandai2 sendiri utk memilih yg terbaik dan mengikut syariat...ada yg aku tgk tu, tudung nyer dah labuh, tp jarang smpai nmpak leher...paling teruk nmpak jambul rambut di depan pun ada gak..hehe...


ada yg dah perfect, tudung menutup dada, siap berjubah semua...tp malang, jubah plak ketat yg mengikut tubuh badan...bak kata orang puteh, yg ada 'cutting' gitu...mana leh mcm tu...jubah tu dah elok, tp yg bg nampak bentuk pinggang, punggung tu apa citer??? sbb tu la aritu aku ada terbaca satu artikel tajukkan "JUBAH MAKSIAT"...maksudnya, pakai jubah, tp ketat dan jarang...tulah masalah skrg ni...so, aku menasihati korg dan jugak diriku sendiri, pandai2lah bergaya dalam menjaga aurat kita...



  • Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya
  • Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.
  • betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang, pedihnya tidak terkira.


So, di akhir kalam...aku memohon maaf kalau ada yg tersinggung dgn posting aku kali ni...aku ini sekadar memberi pendapat...terpulang pada korg nak menerima atau menolaknya...


wassalam...


ummuuaahhh... (sexy tak???)

0 comments:

 

~ NuKiLaN HaTiKu ~ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise