SaHaBaT MaYa

Friday, February 15, 2013

Segmen Miss Hearty Mencari Bloglist Fresh 2013

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 1:36 PM 4 comments
Assalamualaiikum...

wah....aku ni...join segmen lagi...asyik2 join segmen jer...(nak wat mcmne...bila buat segmen sendiri, xder yg sudi join...huuu...sedey... :-( xper....len kali aku cuba wat segmen lagi...

So, mcm biasalah...klu korang nak join, just klik banner kat atas tu jer...okies???


Pergi ke pasar membeli kuini,
Kuini dimakan bersama roti,
Wahai Miss Hearty saya di sini,
Moga-moga terpilih untuk bloglist nanti.

Wassalam...

\(^_^)/


Tanda-Tanda Kebesaran Allah Subhanahu Wa Ta’ala

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 12:05 PM 0 comments
Assalamualaiikum...

Semlm dok google2 nama sendiri & adik2...terjumpa satu posting adik aku dalam blog ustaz mana ntah...so, aku copy & paste kan kat sini utk bacaan bersama...


Tanda-Tanda Kebesaran Allah Subhanahu Wa Ta’ala

Oleh: Najlaa Sadiq Binti Mokhtar

Abstrak

Allah Maha Besar lagi Maha Perkasa. Bagi manusia yang ingkar dan tidak menggunakan akal fikiran yang telah di kurniakan sebagai satu kelebihan mengatasi makhluk Allah yang lain, sesungguhnya mereka termasuk golongan yang rugi.

Begitu banyak tanda-tanda kebesaran Allah secara langsung atau tidak. Ini semua agar manusia sentiasa beringat dan agar manusia tidak leka mengejar dunia sahaja.

Allah juga telah memberi peringatan kepada manusia tentang tanda-tanda kebesaran dan kewujudan Nya. Manusia yang berfikir sahaja akan dapat mengetahui pelbagai tanda tentang Allah melalui bukti-bukti yang tersurat mahupun yang tersirat. Bukti yang paling dekat dengan kita sebenarnya terdapat pada diri kita sendiri seaandainya diperhatikan.

Manusia sebenarnya secara naluri dan fitrah mampu untuk mengamati dan menyelidik tanda-tanda kebesaran Allah dan beriman kepadaNya namun, kebanyakkan manusia terjurumus dengan pengaruh dan hasutan syaitan serta nafsu sehingga meninggalkan al-Quran dan Sunnah RasulNya sebagai panduan dan pegangan hidup.

PENDAHULUAN

Manusia kadang-kadang gagal menggunakan akal fikiran mereka sepenuhnya dan hampir tidak menyedari bahawa di sekitar dan sekeliling mereka terdapat berbagai-bagai tanda kebesaran Allah s.w.t. Contohnya seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, fenomena-fenomena alam seperti gempa bumi, taufan, banjir, kilat, hujan, gerhana, gunung berapi dan sebagainya adalah tanda-tanda kebesaran Allah yang perlu difikirkan oleh manusia.

Selain itu, jika diperhatikan, setiap inci tubuh manusia sendiri terdapat pelbagai tanda yang menunjukkan kebesaran dan kehebatanNya sebagai pencipta yang Maha Agung.

Allah s.w.t. memberikan kelebihan kepada manusia iaitu akal dan fikiran agar manusia mampu untuk berfikir tentang rahsia-rahsia yang terdapat di langit dan di bumi untuk membawa mereka menuju kea rah pemikiran yang benar. Dalam ayat al-Quran juga banyak terdapat perbincangan-perbincangan mengenai aspek-aspek alam dan segala hal yang berkaitan dengannya sebagai bukti tentang kekuasaan Allah s.w.t dan tanda-tanda kebesaranNya.

Namun begitu, fungsi akal untuk memahami hakikat kebesaran dan kekuasan Allah s.w.t sangat terhad kerana kita sebagai manusia biasa hanya mampu menafsirkan apa yang dilihat dalam pengertian yang sempit sehingga manusia tidak tahu bagaimanakah cara-caranya untuk mengakui tentang kekuasaan Allah s.w.t . tersebut.

Oleh kerana kasih sayang Allah s.w.t. terhadap manusia maka Allah telah menurunkan mukjizat berbentuk risalah tauhid yang mengandungi ajaran-ajaran, perintah-perintah dan larangan-laranganNya yang disampaikan oleh para utusanNya iaitu para Nabi dan Rasul.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menyingkap pengertian sebenar mengenai tanda-tanda kebesaran Allah dan menghayati dengan sedalam-dalamnya hikmah seluruh penciptaanNya.

MAKHLUK SEBAGAI TANDA KEBESARAN ALLAH

Apabila kita mengkaji mengenai kejadian dan penciptaan makhluk Allah itu sendiri, maka kita akan menyedari betapa agung dan hebatnya kekuasaan Allah s.w.t. Sesungguhnya sebelum manusia diciptakan, terlebih dahulu Allah telah menciptakan ala mini sebagai tempat kediaman manusia. Oleh itu, jelaslah bahawa manusia adalah proses terakhir untuk melengkapkan alam ini kerana manusia diciptakan untuk mentadbir alam ini.

Allah juga telah menciptakan benda-benda yang keadaan fizikalnya lebih kuat daripada kemampuan manusia untuk memenuhi keperluan manusia namun, untuk memenuhi segala keinginan dan keperluan manusia, manusia hendaklah berusaha dan bekerja agar dapat memanfaatkan segala kemudahan yang telah disediakan untuk membangunkan dan memakmurkan bumi ini. Dengan itu, jelaslah bahawa dengan menggunakan akal sahaja manusia telah dapat mengetahui bahawa alam telah diciptakan oleh Allah s.w.t untuk manusia sebelum manusia itu sendiri diciptakan. Oleh itu, tidak ada manusia yang dapat menafikan tentang hakikat ini.

PENCIPTA SEGALA-GALANYA
Kayu digunakan untuk membuat bangunan, rotan digunakan untuk membuat perabot dan sebagainya. Manusia sebenarnya hanya mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti sahaja melalui pelbagai kaedah. Semua hasil penemuan baru itu hanyalah penelitian dari suatu benda yang telah wujud dan tidak ada satu pun yang dihasilkan manusia berasal daripada benda yang tidak wujud sebelumnya di dunia ini. Samalah juga macam adanya haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Adakah seorang manusia dapat menciptakan sesuatu yang baru dan bukan makhluk Allah s.w.t. iaitu daripada sesuatu yang sama sekali tidak wujud sebelum ini. Oleh itu dalam al-Quran Allah telah mengemukakan cabarannya terhadap manusia mengenai hal ini. Cabaran ini akan terus berlaku sampai hari kiamat, namun tidak seorang manusia pun yang akan dapat menyahut cabaran ini iaitu tidak akan mampu untuk menciptakan suatu kehidupan baru, biarpun cuma seekor lalat.

KEBEBASAN TAKDIR DAN HUKUM ALAM

Benarkah esuatu yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. adalah merupakan takdirnya dan hal ini tidak pernah dipinda? Manusia tidak mempunyai kebebasan bertindak? Pendapat ini amat bertentangan kerana Allah telah menyertakan pelbagai pelbagai tanda-tanda tentang kebebasan takdirNya tetapi bukan di dalam hokum alam. Ini disebabkan apabila Allah memberikan kebebasan takdirnya dalam hukum alam, maka matahari akan bebas terbit sehari suntuk dan terbenam beberapa hari mengikut keinginannya.

Walaupun demikian, adalah tidak benar orang yang mengatakan bahawa hukum Allah ini tidak memberikan kebebasan takdir terhadap makhluknya, justeru dengan inilah Allah telah memberikan kebebasan kepada makhluk ciptaanNya agar alam tidak binasa. Allah tidak mahukan adanya hukum yang dapat merosakkan ini tetapi, Dia mahukan adanya alam yang sesuai dengan keagumgan dan kemampuan serta keindahan penciptaanNya. Maka dengan kebebasan takdirNya ditetapkanlah hukum alam yang tetap dan berkembang.


MEMPERHATIKAN DIRI SENDIRI SEBAGAI SATU TANDA KEBESARAN ALLAH

Sesungguhnya manusia lupa dan sering mengabaikan tanda-tanda kebesaran Allah yang terdapat pada diri mereka sendiri jika mereka mengkaji dan menyelidikinya. Manusia kebanyakannya gagal untuk menemukan jawapan mengenai kebesaran Allah s.w.t. pada diri mereka dan memahami hakikat mengenai proses penciptaan mereka yang mengandungi banyak hikmah dan rahsia keagungan Allah s.w.t.

Maksud yang tersirat ini ialah Allah s.w.t menyedarkan manusia (baik beriman mahupun kafir) bahawa mereka sebenarnya tidak dapat lari daripada kenyataan tentang adanya pencipta Yang Maha Agung yang menjadikan seluruh alam dan segala isinya dan ingin mengembalikan mereka kepada kesaksian mereka yang sebenarnya ketika di alam roh, namun hanya golongan yang berfikir sahaja dapat menemui kebenaran mengenai hakikat ini.

SEMPADAN ANTARA KEBAIKAN DAN KEJAHATAN

Siapakah yang mengajarkan manusia antara baik dan jahat? Sehingga perbuatan baik terasa sesuai dengan naluri dan jiwa sedangkan perbuatan jahat yang dilakukan seakan-akan menyeksa batin dan merosakkan mental pelakunya.

Jawapannya adalah ini semua adalah fitrah manusia. Hal ini merupakan pemberian Rububiyah dan benda ini terdapat pada seluruh jiwa manusia. Maka sesungguhnya Allah s.w.t. adalah Tuhan seluruh umat manusia, baik yang beriman mahupun kafir.

SENYUM DAN TANGIS ADALAH ANUGERAH ALLAH S.W.T.

Apabila kita melihat orang tersenyum, tertawa atau menangis iainya menunjukkan satu tindak balas yang sama dan tidak menunjukkan adanya cirri-ciri ketawa atau menangis yang khusus berdasarkan warna kulit ataupun etnik. Apabila manusia ketawa atau menangis,semuanya menunjukkan ekspresi wajah dan mimik muka yang seiras.

TANDA-TANDA KEBESARAN ALLAH PADA JIWA MANUSIA

KEKAFIRAN ABU LAHAB


Perasaan hati, pertimbangan serta akal fikiran manusia sepenuhnya berada di tangan Allah s.w.t. Dia hanya memberinya sekadar yang dikehendakiNya sahaja. Salah satu contohnya ialah kisah Abu Lahab. Jikalau dilihat dari segi peluang, kemungkinannya untuk memeluk islam ada seperti tokoh kafir yang lain tetapi, kalau hal itu terjadi maka runtuhlah seluruh masalah keimanan kerana al-Quran telah menentapkan bahawa Abu Lahab akan mati dalam kekafiran.

Allah s.w.t Maha Mengetahui terhadap apa yang tersimpan dalam hati hambaNya, maka al-Quran pun menyatakan bahawa Abu Lahab memang berkeras hati dengan mengambil jalan kekafiran sebagai pilihan.

PENUKARAN ARAH KIBLAT

Ketika kiblat ke Baitul al-Maqdis dialihkan ke Kaabah al-Musyarafah, Allah telah berfirman bahawa akan tersesat orang-orang yang kurang pemikirannya untuk memahami hal penukaran arah kiblat.

Ini menerangkan tentang jiwa kaum yang bukan mukmin yang telah diketahui oleh Allah sebelum mereka menunjukkan sikap yang mereka maksudkan. Akhirnya pembohongan mereka itu terbukti sebagaimana yang diterangkan oleh al-Quran sebelumnya.

Meskipun tujuan kaum kafir bersikap demikian untuk meruntuhkan agama Islam, pada hakikatnya mereka tidak berhasil memanfaatkan peluang tersebut. Oleh yang demikian, apa yang menjadi hal yang ghaib daripada Allah s.w.t pasti terlaksana meskipun hasrat dan kemahuan manusia tidak seiring dengannya.

KESIMPULAN

Sampai sini sahajalah perjalanan kita dalam menyingkap kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t. KeagunganNya tiada tandingan. Begitu banyak tanda-tanda tentang kebesaranNya tanpa kita sendiri sedari. Kadang-kadang benda itu kita sendiri tak jangka. Ya Allah lemahnya hambaMu ini. Ingin saya masukan satu kata-kata iaitu, “Apabila doa kita dimakbulkanNya, itu tandanya Allah sayang pada kita. Apabila doa kita lambat dimakbulkanNya, itu tandanya Allah sedang menguji kita. Dan apabila doa kita tidak dimakbulkanNya itu bermakna Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.” Ingatlah sesungguhnya kasih sayang Allah s.w.t melampaui kemurkaanNya pada kita. Bertapa hebatnya kebesaran Allah. Subhanallah Maha Suci Allah.Takbir!

Tuesday, February 12, 2013

Segmen Pencarian Bloglist Februari

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 9:34 PM 2 comments

Assalamualaiikum...wah...join segmen lagi aku ni...adoiyai...xbosan ke erk??? hehe...selagi jari2 ini masih gagah menaip...selagi itulah aku akan terus menulis...termasuklah join segmen2 yg mcm ni...

So, korang klu nak join...mcm biasa laa...klik jer kat banner atas tu...

Wassalam...

Pizza Tutup Mata

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 8:07 PM 1 comments
assalamualaiikum...

wah...tajuk pizza tutup mata...bukan maksudnya nk wat pizza kne ttup mata...tp nk bgtau yg pizza ni senang giler nk buat...aku dpt resepi ni dari rancangan 5 Rencah...


meh nak bgtau cara2 nk buat...

base tu xpayah la nk uli bagai...guna jer roti nan...kat Giant ada jual...kan senang...

pastu..sekeliling roti nan tu kne sapu mentega...klu x nnti hangit bila kita msuk dlm oven...

pastu...1st sapu sos spageti...atas sos spageti taburkan cheese mozarella dgn cheddar...lg bagus klu ada parmeson cheese skali...tp nk bgtau...harga cheese ni agak mahal...pastu susah nk cari yg HALAL...

lepas layer cheese...letak la kepingan daging/ayam or sosej or both..ikut korang la...pastu letak hirisan bawang besar dgn capsicum...bagi ada rasa sikit...last skali tabur lagi cheese...

lastly,masak dlm oven 190°c utk 10-15min...mcm aku gne microwave jer...dia dh ada setting utk pizza...

inilah hasilnya...

so...ok x???korang try la ek??

wassalam...

\(^_^)/

Running Man!!!

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 10:30 AM 0 comments
Assalamualaiikum...

Wah...saper yg knal dgn watak2 kartun kat atas tu???hehe...ni rancangan fav aku..Running Man...satu variety show..Korea...best giler...skrg ni dah sampai episod 132...tp yg ep 132 aku tak download lagi..klu nak tgk citer ni...better start dr episode 1...tgk ikut turutan...baru best...sbb setiap episode ada kesinambungan antara satu sama lain...

Aku habiskan cuti MC 3 bulan mengadap citer ni laa..hehe...

Ok...klu ader yg teringin nk try menonton citer ni...leh download kat link bawah ni...


Kena daftar dulu sebelum download...tapi dont wory..free jer...rancangan ni menarik sgt...xtau laa...klu korang xsuke...bukan aku leh cakap apa pun..yg pasti mmg aku suka...adik aku Laa dgn No pun suka gak...

Banyak lagi Korea keluarkan variety show...tp aku tak ikut la plak yg lain2...hehe...

Bila tgk rancangan ni, rasa nak sangat2 pegi Korea...mcm cousin aku...Cda...dia dah smpai Korea..jeles2...hehe...ramai gak kengkawan aku yg dah smpai Korea...bila laa time aku ni...Incik Moncet dah janji akan bawak jugak aku pi Korea satu hari nanti...insyaallah...

oklah...wassalam...

\(^_^)/

Yahoo!! The 100th followers for my blog...

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 1:43 AM 0 comments
Assalamualaiikum...
Tak sangka follower blog ku akhirnya mencecah 100 org...heheee....cian kn???baru merangkak jer...xmcm blogger lain yg gempaq2...yg ader beribu followers diorg...xpela...sikit2 lama2 jd bukit...

Guess who is the 100th???hehee....my incik moncet lerrr....at last dia follow gak blog aku ni...heeee...nak bg support katanya...klu x dia juz nk jd org belakang tabir jer...hehee...

semlm bilangan org visit blog aku no cantek...



no nyer 7575...terbalik sikit jer dr no plat aku..5757...hehee...so...hepi sgt...alhamdulillah...

oklah...jam dh menunjukkan 1.42am...

got to go...oyasumi nasai...

wassalam...

\(^_^)/



Monday, February 11, 2013

Segmen Review Blog by Eiyka-R

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 5:27 PM 2 comments

Assalamualaiikum...wah, ptg ni ajer dah 2 segmen yg aku join....hehe...time2 cuti ni lah yg dpt nk join mende2 camni...pas balik KL susah sikit dah...almaklumlah..xmenyempat jer...

oklah..klu korang nak join, leh klik banner kat atas...

Wassalam...

\(^_^)/


SEGMEN: RAMAIKAN FOLLOWER BLOG 2013 BY NurulFHMT!

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 5:12 PM 32 comments
Assalamualaiikum...hurm...nak join gak segmen ni..untung2 leh ramaikan lg follower blog aku & ramaikan sahabat maya...

Klu nak join...klik jer banner kat atas tu...

\(^_^)/

Sunday, February 10, 2013

Segmen Contest Blog Comel

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 9:42 PM 16 comments

Wah....nak join gak...rase2 mcm comel gak blog aku ni...hehee....klu ada rezeki..ada laa...xpenah menang...tp xpe...yg penting dapat tambah ramai sahabat maya...

So, klu korang nak join gak...juz klik jer banner kat atas tu...syarat2 pun simple jer...All the best...

Wassalam...

\(^_^)/


Shopping di Streetdeal

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 9:18 PM 1 comments
assalamualaiikum...

arini nk citer sket psl shopping or beli-belah secara online...korang penah x??aku slalu jer beli kat fb...tshirt ke...pencuci muka ker...apa ker...tp kali ni aku berminat nk try beli online di streetdeal.my...sumernya sbb aku tgk iklan kamera ni...


Mana x nyer aku jadi teringin...sbb harga sebenar almost RM1,200...skali tu discount smpai jd RM499...aku pun try la google psl streetdeal ni..kot2 ader issue2 yg kureng menarik ker...kan???so, hasilnyer byk jugak blogger yg citer psl experience diorg beli guna streetdeal ni..ada jugak yg order tp smpai lambat sgt...tp ader jugak yg berpuas hati dgn pembelian diorg...

So, aku amek langkah selamat aku call dulu company yg terlibat utk offer ni...HQ dia kat Maju Junction which i dont know where izit...so..aku decide xnak delivery...aku nak pick up jer...bole amek kat cawangan dia kat Lowyat...

Dengan hati yg redha & bertawakal, aku pun transfer la duit guna Maybank2u aku tu...huhu...mmg tawakal sgt2...aku burn duit aku tu..aku anggap xder rezeki jer laa...pas dah buat pembayaran, aku call balik HQ dan cawangan utk confirmkan aku dah beli...and decide akan amek the next week tu...dalam hati berdebar2 jer...cuak kot...RM499 bukanlah satu nilai yg kecik...

Sampai KL aku print voucher...Isnin tu mase ada masa fre, aku terus menuju ke Lowyat...seorg diri...tercari2 gak la kedai dia kat mana...almaklumlah..lowyat kan byk giler kedai kamera ni...

so, pas dah smpai..aku ckp la yg psl beli dgn streetdeal tu...aku tunjukkan voucher...then dia kuarkan la kotak kamera tu..alhamdulillah...ader...warranty 1 year Samsung..so, klu ada masalah, leh pi mana2 cawangan Samsung...

Masa dah siap check sumer...org kedai tu tanya...
Pekedai: You beli online...baper harga???
Aku: Murah jer RM499...kat kedai dekat RM1,200 kan??
Pekedai: Wow...manyak murah oooo....skrg kami buat offer sempena tahun baru cina pun RM899...
(Aku tersenyum...bersyukur...)
So, aku pulang dengan membawa sebijik kamera baru...Yahoo!!! (masih mengimpikan nak beli camera Fujifilm yg ala2 DSLR...beli ikut priority aku...)

ok laa...mintak diri...

wassalam... \(^_^)/


Saturday, February 9, 2013

Pencarian Bloglist Fizgraphic

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 8:47 AM 12 comments
Ok...pagi td baru jer smpai dr KL dlm pkul 5.30am...nek bas sekolah plak tu..(bas tambahan) jln xjammed tp byk kete...so..slow moving sket la...

So, pepagi ni yg tak rase nak tido lagi...aku nk join ler satu segmen ni...hehe...klu korang nk join, leh klik banner kat bawah ni...


AKu 1st time kot bukak blog hafiz ni...walawei...gempaq laa...cute sgt tgk doodle dia...so, ader amek satu doodle dia...yg couple kat sudut bawah tu..dia la punyer...hehe...chumel kn???

aku tgk gak doodle dia yg len2...sumer chumel2...mcm nk amek sumer...nnti2 pasti akan ku lawati lg blog hafiz ni utk rembat doodle dia..hehe... 

sampai sini jer kot buat mse ni..nnti klu ader pape yg menarik kat blog hafiz ni...aku kongsikan lagi erk???

Wassalam...


Friday, February 8, 2013

Fivers Hijabis Giveaway II

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 4:02 PM 1 comments

Arini cheq nak join GA ni plak...klu ader rezeki...ader laa...

Kalau korang nak join gak, juz klik banner kat atas tu...

Firman-firman Allah Swt:


“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung (khimar) ke dadanya dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak pada dirinya.”
(Surah An-Nur ayat 31)



“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbab mereka.”
(Surah Al-Ahzab ayat 59)


2 sahabat yg cheq Tag:

Sunday, February 3, 2013

Hati kecilku menangis...sayu... :-(

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 12:36 PM 0 comments
Tadi pegi umah lama...mengutip sisa-sisa kenangan yg masih tertinggal...



Umah lama kat Taman Berangan tu...yup...berangan...org selalu gelak bila aku bgtau aku duduk kat taman berangan...tp aku selalu ingt kata2 Dr Fadzilah Kamsah...IMPIAN TAKKAN BERMULA TANPA ANGAN-ANGAN...kat rumah tulah aku menyusun angan2 untuk mencapai apa saja yg aku inginkan...apa saja impian aku...



Pegi umah lama sbb nak amek barang...komik Conan fav aku kat situ lg...dari vol 1-60..abah ckp klu xpi amek, nnti dia nak buang semua nyer...so, terpaksalah aku memaksakan diri ini utk pegi amek barang2 kat umah tu...byk lagi barang...rasanya kena mai lg 2/3 trip utk angkut sumernya....baju2...buku2 atas almari..wahhh....byknyerrr....

Aku pi sorang jer tadi...nek kete mama...smpai jer kat depan umah...rasa sunyi jer...(of coz la sunyi...dah xde org...hehe...kang klu hingaq pelik pulak kan??)



Bila masuk jer umah...rasa sayu jer...tngok suasana umah tu satu hal laa...bersepah...almaklumlah..umah tinggal...brg byk yg xamek lg...mse pindah aritu. amek yg penting2 jer...bila masuk bilik aku, waaa...terimbau kembali kenangan di situ...sedey...

Masuk bilik mama...tgk bilik air...sedey..tulah tempat aku mandi dulu...bilik mama tempat kitorg sekuarga lepak2...borak2...waaa...sedey sgt...tgk ruang tv...tgk bilik no, bilik fail, bilik depan...ruang makan...sumer ada kenangan yg tersendiri...masih rapi dalam kotak ingatanku ini...

Rumah tu memang byk giler kenangan...aku dok kat situ dari aku darjah empat...lebih kurang umur 10thn, sampai sekarang...(sbb baru jer pindah kan..) so dah 20thn dok umah tu....aku membesar kat umah tu laa....huuu....



Aritu terdengar mama ckp nak jual umah tu dari dibiarkan saja...dalam RM200,000...tp klu ikutkan hati kecilku ini, aku xnak umah tu dijual...aku nak biar laa umah tu still ada kat situ...so bila2 aku rindu...aku bole pi umah tu...bole masuk tengok bilik2 lama...bole tgk barang2 lama dlm tu....waaa....air mata dah bergenang ni...



oklah...aku mintak diri dulu...ptg ni nak blik KL..esok dah stat keje..minggu dpn raya cina Insyaallah aku kembali ke SP klu ada tiket laa...huuu....

wassalam...

\(^_^)/


Friday, February 1, 2013

Segmen Saya Follow U,U Follow Me By mselim3

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 7:57 PM 20 comments
I follow u...u follow me...hehe...nak join klik banner kat atas tu!!!

p/s:- jgn luper follow aku gak!! \(^_^)/

Apa yg Ko dapat ek???

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 4:25 PM 1 comments
Wah...kasar giler tajuk entry aku kali ni...hurm...saja nak kongsi kisah dgn korang tentang 2 org hamba Allah yg dok sibuk2 nak amek tau pasal diri aku ni...

Assalamualaiikum...

atas tu juz intro jer...ni baru nak stat...hampir 3 bln aku MC...kalau sapa yg baca blog aku, tau la sbb apa aku MC kan??? psl aku eksiden kat Krabi...ni entry nyer...KRABI...so, disebabkan jatuh moto tu laaa aku dapat MC smpai 3 bln...ada minor fracture kat tulang bahu aku ni...kat bawah ni aku letak gambar surat doktor skali utk tatapan korang...

Haaa....perati tu betul2..doktor siap garis lagi 3 months ...klu xpaham bahasa Inggeris...reti2 la bukak kamus ek!!! Mmg la doktor bagi aku cuti 3 bulan...cuti keje jer...lgpun aku punyer coarse leader kat IPB xbg masuk kje selagi doktor xbagi green light...so, aku juz ulang alik dr SP ke KL setiap minggu selama 3 bln ni utk attend kelas master aku kat UiTM Shah Alam jer laa...almaklumlah...xtakkan la aku nak extend sem???lgpun dah bayar yuran kot...tambah2 dapat biasiswa MyMaster under KPT (Kementerian Pengajian Tinggi).

Tapi nak wat mcmane...2 ekor hamba Allah tu tak puas hati kot tgk aku wujud kat kelas master, tapi xwujud kat dalam opis..so...mula laaa dok korek2 citer aku dari kengkawan lain...siap cakap lagi..."Nawal tu sakit apa? tengok elok jerrr!!" addoiii....aku sakit dalam kot...tulang DALAM bahu...nampak ker???yg tangan aku dok tergantung dlm klas master tu ko xnampak ko buat2 tak nampak??? aku mengerang bila berbaring nak tido, nak kena bagitau kat hampa berdua ka??? sebok ngat aih!!!

Pehtu yg sekor lagi tu plak, adoiii...siap korek result exam master aku dapat baper dr org2 lain...addoii...apa yg ko dapat ek??? klu result aku bagus ker...klu result aku terok ker...ko apa kne mengena dgn hidup aku??? takkan nak jadikan aku contoh utk gosip2 ko dgn student kot??? dah xder idea ker??? Kita ni...klu dok sibuk amek tau hal org...dok sebok2 cari keburukan org...nanti Allah balas di masa depan kelak...baru tau...

Wahh...aku citer apa yg berlaku pada aku...walaupun aku tau, hamba Allah tu bukan baca pun blog aku ni..hahaa..apa2 pun, kita jadikan kisah aku ni sbgai iktibar & pedoman...dalam dunia ni, berjenis-jenis manusia yg ada...pandai-pandai la kita memilih utk berkawan...(tapi aku xkawan pun dgn diorg...still nak amek tau gak pasal aku...lantak kat hampa laaa)

Bak kata-kata di atas, MUNGKIN KISAH HIDUPKU LEBIH MENARIK DARI KISAH HIDUP KORANG TU!!!

Wassalam...

p/s:- berusaha utk menjadi lebih baik adalah LEBIH BAIK dari mengambil tahu hal org lain...

\(^_^)/

"IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"

Posted by eikorina-NaWaL sYaFiQ at 3:05 PM 2 comments

Arini nak try join giveaway yg ni plak..hahaa....klu ada rezeki...ada laa...klu xde...xperla...nak wat mcmne...kn??? so, klu korang nak join gak...leh klik kat banner atas tu...leh baca sendiri syarat2nya..simple jer...banyak gak hadiah yg disediakan...ni link sponsor2 hadiah tu...banyak kan???


  • Jubah Muslimah Moden & Gorgeous Dresses
  • Awanazstyle Muslimah Shop
  • House Of Pines
  • Scarf Sweethoney
  • Celesta Hijab
  • Lalin Closet
  • My Online Boutique For You
  • The Bag Galore
  • Rinieescorner
  • Coklatmanis2u
  •  

    ~ NuKiLaN HaTiKu ~ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise